Tuesday, March 15, 2011

Pengajaran Berguna....

the king of football
Sememangnya karim sejak dari kecil meminati Bola dan Kelab Bola sepak terkenal dunia iaitu Manchester United, dan semangat yang membara itu mendorong Karim menjadi pemain bola sepak dan kelincahan Karim membuatkan beberapa kelab bola sepak tempatan berminat untuk mengambil Karim menjadi player mereka.

 Kerana Terlalu meminati Kelab Bola Manchester United ini, karim berusaha sepenuhnya dan mengambil tahu segala maklumat berkenaan Kelab ini. Sehinggakan beberapa Mat salleh terpegun dengan segala maklumat yang diketahui oleh karim berkenaan Manchester united. Hasilnya Karim terpilih menjadi pemain terbaik sepanjang musim bersama pasukan bolanya. Dan begitu Mengimpikan akan dapat ditawarkan bermain untuk Kelab Bola Sepak Manchester United. Dan selama 20tahun itu sahajalah didalam Kepala otak Karim

 Akhirnya,  Manchester United  dijadualkan akan bermain dengan pasukan Bola sepak karim, sememangnya impian karim tercapai, inilah masanya karim akan menunjukkan kehebatannya menentang Kelab Bola Sepak Terkenal itu. KeSemua rakan-rakan dan jurulatih pasukan Karim memberi semangat dan dorongan kepada karim supaya dapat membantu pasukan Mengalahkan  Manchester United , karim bertekad akan bermain sehabis baik.

 Hari yang ditunggu akhirnya tiba, Hati karim berdebar-debar menunggu saat itu. Sepak mula pun bermula, sememangnya perlawanan pasukan karim menentang  Manchester United  amat sengit. Karim dikenali sebagai kaki emas dalam pasukannya, harapan menggunung diletakkan pada karim pada malam itu. Namun pasukan Karim tewas 7-0 kepada  Manchester United . Pasukan Karim akur dengan keputusan itu, tetapi Kesemua Pemain  Manchester United  Memuji Karim, Bagi Karim dia begitu seronok dan puas. Hinggakan tidak terkata, Namun seluruh penonton dan Pasukan karim begitu tidak berpuas hati dengan persembahan Karim pada malam itu. Karim mendapat Surat berhenti dari Ketua Jurulatih pasukannya, malah Pengerusi pasukan Karim jugak tidak mahu lagi berjumpa dengan karim. Karim yang tidak berpuas hati dengan serta merta berjumpa dengan Ketua jurulatih. Ikuti perbualan mereka....


Karim  : Apa ni, biasa la kalah menang.
J.Latih  : kau jangan banyak cakap, aku suruh kau berhenti bukan bercakap.
Karim  : Jurulatih tidak boleh buat saya bergini, saya bermain bersungguh-sungguh tadi.
J.Latih : Apa kau cakap, main bersungguh-sungguh, kau main tadi macam pra.
Karim  : Apa ni Jurulatih, kalau game menang, bukan main lagi sanjung saya.
J.Latih  : Aku tau kau minat kat  Manchester United , tapi cara kau tadi mengaibkan pasukan dan tanah air.
Karim  : Apa Jurulatih cakap ni, Player  Manchester United  puji saya, dorang memang PRO tapi Jurulatih?
J.Latih  : Kau gile ke?

 Rupa-rupanya Semasa perlawanan bermula Karim telah terbawa-bawa jiwa Manchester unitednya, Apabila rakan Karim menghantar bola kepada karim, karim telah membawa bola dengan cantik sekali dan menjaringkan beberapa Gol yang cantik tetapi Karim telah menjaringkan Gol di Gol pasukannya sendiri, dia yang menjiwai Manchester united terbawa-bawa perasaan itu sehinggakan dia ingatkan dia mewakili Kelab Manchester. Kesemua 7 Gol yang diperolehi oleh Manchester adalah Gol yang disumbangkan oleh Karim(own Gol).


*cerita ini adalah Hiburan Semata-mata, tiada kene mengena dengan sesiapa antara yang masih Hidup atau yang telah meninggal dunia..

No comments:

Post a Comment