Thursday, February 17, 2011

Penemuan!!!

Assalamualaikum....

Blog kali ini,saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua tetang runtuhnya bangunan pencakar langit iaitu bangunan WTC.Sedia maklum bahawa bangunan ini telah di rempuh oleh JET PEJUANG berani mati yang dilancarkan oleh orang jahiliah.Peristiwa ini telah mengejutkan pelbagai pihak dan menjadi peristiwa yang bersejarah dalam kelendar dunia.Apabila di kaji,satu penemuan telah berlaku di dalam PC anda.

Ikuti langkah berikut:

  • Buka microsoft word anda
  • Taip Q33NY (no.pesawat)dalam tulisan besar
  • besarkan Q33NY kpd saiz 72
  • tukar tulisan kpd wingdings
Hasilnya anda boleh lihat.Menakjubkan!!!


Q33NY
Q-melambangkan sebuah jet pejuang berani mati yang merempuh bangunan itu.
33-melambangkan dua buah banguan wtc yang runtuh
N-melambangkan banyak mangsa yang terkorban dalam tragedi itu
Y-melambangkan puak yang menyerang iaitu puak israel


Konklusinya,tepuk dada tanyalah iman......

Tips belajar semasa cuti

Hari ini merupakan hari cuti seluruh negeri di Malaysia.Apabila sebut pasal cuti,pelajarlah yang paling happy kerana mereka dapat buat apa saja yang mereka mahu ketika cuti.Kepada pelajar yang berbangsa cina teruskan lah menyambut perayaan anda tapi bagi bangsa melayu, jangan lepaskan peluang ini untuk isi cuti anda dengan aktiviti berfaedah...


Terdapat beberapa tip yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :


1. Mengamalkan prinsip belajar “sedikit demi sedikit”


Belajar dalam jangka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan bahasa english selama satu jam setiap pagi.Tips ini amat popular dalam kalangan pelajar terutamanya yang tinggal di asrama.


 2. Siapkan semua kerja sekolah yang diberikan


Saya percaya sebelum anda cuti, guru-guru anda telah memberi kerja sekolah untuk disiapkan pada waktu cuti ini. Oleh itu, jangan tangguh lagi!!! Jika tidak mampu menyiapkannya sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang minggu pertama cuti sekolah. Sebaiknya anda buatkan jadual waktu belajar.Sebaiknya,pelajar perlu menyiapkan kerja sekolah di sekolah dan boleh mengunakan waktu cuti dengan ulangkaji.


3. Cuba menjelajahi internet


pelajar harus mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pelajaran di dalam internet.Kemudahan internet harus di gunakan sepenuhnya oleh pelajar kerana di dlam internet terdapat banyak maklumat dan input yang berguna.Jika anda inginkan tuisyen,anda boleh mendaftar tuisyen online seperti siber tuisyen




Itu sahaja yang saya dapat kongsi bersama anda semua.Isilah masa anda dengan aktiviti berfaedah.Untuk mendapatkan A+ anda mesti berkorban masa anda dari godaan facebook dan game.