Tuesday, November 30, 2010

Shuffle OH Shuffle


Suatu ketika dahulu tarian Hip Hop dan tarian jalanan seperti Breakdance berjaya melebarkan sayapnya di serata dunia dengan lenggok dan irama tariannya yang unik dan menarik sehingga memikat hati segelintir pencinta seni Tidak terkecuali juga dengan Malaysia,negara yang sentiasa mengikut arus semasa dan perkembangan terkini seni hiburan dinia.Jika ketika tarian-tarian ini menjadi sangat terkenal dengan kemunculan di video klip artis-artis popular,kini muncul pula tarian baru yang dianggap pada awal kemunculannya sebagai tarian pelik tetapi berjaya memikat hati rakyat Malaysia dengan mengambil alih kedudukan sebagai tarian yang paling diminati oleh remaja-remaja di Malaysia. Tarian ini dikenali sebagai

SHUFFLE

Mengelungsurkan kaki di lantai dengan diiringi muzik Tecno menjadi Trademark bagi mereka yang meminati dan menarikan tarian ini sehingga ia mencipta fenomena yang hebat di Malaysia.Kesannya,kanak-kanak juga meminati dan mampu menarikan tarian ini dengan baik. Denagn jumlah peminat yang agak besar dan banyak bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan di Internet menjadikan Shuffle semakin pantas terkenal.Ini dapat dibuktikan dengan melihat ragam remaja menarikan tarian ini dimana sahaja tidak kira di sekolah mahupun dipusat membeli belah.

Aura Shuffle d SMKATB

Ape yang menarik nye tarian ini sangat dipengaruhi oleh segelintir pelajar.Ape tidaknya sewaktu saya dan rakan2 menyertai perkhemahan kadet polis d bukit bakar.Pelajar SMKA Tok Bachok telah membuat tarian shuffle pada malam kebudayaan tersebut.Ia sangat menakjubkan apabila ramai ahli kadet sekolah lain memberi tepukan gemuruh apabila selesai tarian itu.Rakan dari sekolah lain terkejut dengan persembahan pelik tapi menghiburkan itu.Pegawai polis dan rakan sekolah lain memuji sekolah kami selepas tamat persembahan.Pada mulanya kami bercadang untuk membuat persembahan pentomin.Tapi idea saat akhir oleh sarjan(naim) itu tidak menjadi kerana tiada skrip dan pelakon handalan menarik diri. Pada malam tersebut seorang pegawai polis(cik zam jawa) yang sekepalo dengan sep nie memaksa supaya membuat persembahan.Akhirnya, salah seorang ahli iaitu Amir Syaqiem a.k.a(atek)membuat keputusan untuk membuat tarian shuffle yang begitu di gilainye sejak dari bayi lagi..Ideanye d sokong semua ahli.After that,ade pula ahli menawar diri untuk join sekali show tersebut iaitu Zarin,Hakim dan Naim.Music pom d mainkan oleh cik zam td.Mereka pom terus membuat shuffle yang berkelas dunia walaupun d atas tar. Akhirnya kami menjurai malam tersebut sekaligus menyapu bersih acara yang dipertandingkan..Nak tengok wajah penari shuffle Tok Bachok??tengok d bawah..


hai name saye AMIR..hebat tak saye.!!

nie lah superstar shuffle..pelapis yang berkebolehan.

Kecil2 cili padi...hebat beraksi...

Sarjan yg cetek idea..sape nk berkenalan bleh lah...

.

Monday, November 29, 2010

Kalau Facebook wujud sejak dulu lagi....Macam mana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tajuk ari nie best ckit...baco lah nk taw gak...
Lepas balik dari tuisyen kat Al-Amin,ak tertengok satu blog yang best...Tapi ak sgt tertarik dengan tajuk nye..Aku biasanya tak berapa gemar nak kongsi benda forward-forward dalam e-mail sebab mesti blogger lain pon banyak buat, jadi ulang-ulang benda sama, bosan. Tapi sebab aku rasa kelakar gila, aku pon kongsi mana tau ada yang tak tengok lagi. Lagipun ni sebab buatan Malaysia, dan kelakar dia menjadi. Yang aku pernah tengok pernah ni yang version Star Wars, Harry Potter ngan Lord of the Rings.Kawal yer ketawa anda...Gelak sampai pecah perut...
yang khas untuk korang yang buta sejarah mase form3....







yang nie pelik ckit....




sekian,ini saje yang dapat dikongsi...nk lg???

Sunday, November 28, 2010

Logo Yahudi Zionis Dalam Laptop,PC & Notebook kita...

( Lambang segi 6 atau "Bintang David" & tapak kaki lilin berjabang 7, Menorah. Kedua-dua lambang tersebut merupakan lambang agama yahudi)

Hari ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang sangat penting dan mesti didedahkan kepada semua orang ....


Lambang Zionis sebenarnya tersembunyi disebalik laptop kita semua.... Apa tidaknya kan sebahagian alat2 canggih komputer dan laptop hari ini datangnya dari teknologi Israel...


Mungkin anda rasa tidak percaya... Apa kata anda tengok sendiri didalam komputer-laptop-netbook anda...
jangan tekejuuutttt.......!!
 
ikuti langkah berkenaan;
 
C:/ProgramFiles --> Microsoft Office --> MEDIA --> CAGCAT10 -->J0285926.WMF

ataupun anda tekan Start>> Search dan taip J0285926.WMF.....

Pasti gambar seperti dibawah anda akan jumpa gambar seperti di atas...

 
Mungkin gambar tersebut ada maksud yang tersirat... Apa yang boleh saya katakan adalah rancangan Zionis memang hampir dengan kita.. Berhati-hatilah... 

Jangan lupa beritahu kepada kawan-kawan, rakan-rakan dan kepada sesiapa sahaja...
 tepuk dahi tanya akal buatlah kesimpulan yang logikal.. 

sekian, terima kasih..

7 Perkara Yang Membuatkan Anda Bermotivasi di Waktu Pagi










Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari. Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya? Ayuh sahabat, bangkitlah! Kita harus bermotivasi bkn berair liur basi dwaktu pagi ye.... Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:


01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.