Sunday, December 26, 2010

MEMORY 2010

Assalamualailum....

Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai memori 2010 yang suka dan yang duka....
Tahun ini merupakan tahun yang paling best berada d sekolah...Di atas sebab yang tertentu...he3

KENANAGAN MANIS

Bnyak kenangan manis yang ada di dalam kotak fikiran saya pada tahun 2010.Tapi saya ingin bercerita kenangan paling manis tahap coklat.IAITU.....Ketika menonton perlawanan bolasepak yang membabitkan pasukan The Red Warriors.Ketika itu musim peperiksaan berlansung.Setiap malam kami study habis-habisan tetapi pada malam itu kami berpakat untuk menonton perlawanan separuh akhir diantara Kelantan dan Kedah d bilik #@*&^.....Keputusan untuk menonton dibuat selepas melihat jadual peperiksaan keesokan hari yang mana peperiksaan BM dijalankan.Kami merasakan BM ini tidak memerlukan pembacaan so kami pergi menonton dengan hati yang gembira.Tiada halangan dan ganguan yang kami terima semasa menonton kerana hanya form 4 sahaja yang berada d sekolah masa itu.Yang lain di benarkan menonton d rumah kuning oleh warden bertugas masa itu.Selepas itu,berpusu-pusu pelajar form 4 bergerak ke bilik itu seperti sang semut kebuluran.Boleh di katakan semua pelajar f4 ke situ kecuali beberapa orang yang asyik mengulang kaji.Apa yang menariknya,kami bersorak seperti berada d stadium untuk memberikan sokongan.Sorakan kami membuahkan hasil apabila Kelantan berjaya memenangi perlawanan tersebut.
Pengajaran:BERSORAK LAH SELAGI MAMPU-tanpa kami kalahlah pasukan kelantan..hu9


KENANGAN PAHIT

Saya ingin cerita pengalaman paling pahit tahap hampedu.Masa itu, waktu malam selapas bacaan surah Al-Mulk sebelum tidur.Ketua Warden merangkap pengetua, memanggil kami dan pelajar f5 ke dataran rumah kuning.Selepas itu beliau menyoal kami tentang kesalahan yang dibuat sedangkan kami tidak membuat kesalahan itu.Beliau menyuruh kami mengaku kesalahan jika tidak kami terpaksa bermalam di hadapan rumah kuning dengan berlapik jalan raya dan diselimuti oleh embun pagi.Selepas beberapa minit tiada seorang pun pelajar yang ingin mengaku.Lalu kami terpaksa bermalam dijalan raya dengan perasaan marah dan tidak puas hati hanya nyamuk shaja menjadi peneman setia.
Pengajaran:Gunakan lah kuasa yang ada untuk menghukum orang yang tidak bersalah..







sekian terima kasih.....

Monday, December 13, 2010

Gadjet Kegemaran

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang gadjet yang menjadi kegilaan para manusia di bumi ini.
Gadjet menjadi rebutan orang ramai masa kini kerana sentiasa berubah mengikut perederan masa yang semakin canggih.Dibawah terdapat maklumat yang saya gemar dan ingin kongsi bersama.Ini adalah gadjet pilihan saya sahaja.hehehe


Laptop a.k.a Koputer riba

Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) ialah komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) yang terintegrasi dalam bentuk beg bimbit. Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri. Berlainan dengan komputer meja (PC), komputer riba memiliki komponen-komponen pendukung yang dicorakkan secara khusus. Komponen tersebut dicorakkan untuk menyesuaikan dengan mudah alih komputer riba sendiri. Sifat utama yang dimiliki oleh komponen komputer riba adalah ukuran yang kecil, jimat kegunaan tenaga dan cekap. Oleh itu harganya lebih mahal tergantung pada jenama dan spesifikasi penggunaan.

X-box

Xbox 360 merupakan konsol permainan video kedua yang dihasilkan oleh Microsoft, dan dimajukan dengan kerjasama dengan IBM, ATI dan SiS. Perkhidmatan bersepadu Xbox Live membolehkan pemain bermain dalam talian dan memuat turut kandungan seperti permainan arked, demo permainan, treler, rancangan TV dan filem. Xbox 360 merupakan pengganti Xbox, dan bersaing dengan PlayStation 3 dan Wii sebagai sebahagian dari generasi ketujuh konsol permainan video.



IPHONE


iPhone ialah telefon pintar yang direkabentuk dan dipasarkan oleh Apple. Peranti ini boleh berfungsi sebagai telefon kamera, pemain multimedia mudah alih, dan klien internet untuk emel dan melayari web. Telefon multimedia ini tidak menggunakan kekunci fizikal tetapi dilengkapi dengan skrin sesentuh dengan kekunci maya. iPhone menggunakan sistem operasi yang dikenali sebagai iOS. Model terbaru dikenali dengan iPhone 4 dan mempunyai dua kamera termasuk untuk panggilan video. Ciri lain termasuk CPU yang lebih pantas dan resolusi paparan yang lebih tinggi. Model baru ini dikeluarkan pada 24 Jun 2010.





 PSP


PlayStation Portable adalah permainan video konsol mudah alih pertama menggunakan format cakera optik, Universal Media Disc (UMD), sebagai media simpanan utama. Berbeza dengan ciri-ciri konsol lain termasuk paparan yang besar, kemampuan multi-media dan dapat disambungkan dengan PlayStation 2, PlayStation 3, PSP yang lain, dan internet. Penjualan PSP telah di tinggalkan pesaing utamanya, Nintendo DS. Namun demikian, ia adalah "konsol bukan-Nintendo mudah alih yang paling berjaya pernah dijual". Setelah pengeluaran model Slim, versi PlayStation Portable nipis,ringan dan lebih bersinar, berjudul Slim & Lite, pada jualan September 2007, awal empat kali ganda di United Kingdom pada minggu seterusnya dan meningkat hampir 200% di Amerika Utara untuk bulan Oktober. Brite mempunyai rekaan yang baharu kecil itu termasuk paparan baru dan mikrofon inbuilt, dan telah diikuti oleh PSP Go.
 Dan akhir sekali....

Nokia 5800 Xpress music

is a smartphone and portable entertainment device by Nokia[4], that has recently received a software update version 52.0.007[5]. It was introduced on October 2, 2008[6] and released on November 27, 2008.[7] Code-named "Tube", it is the first touchscreen-equipped S60 device by Nokia, the version being s60v5. It's part of the XpressMusic series of phones, which emphasizes music and multimedia playback. The touchscreen features tactile feedback (though it does not use Nokia's Haptikos technology.)[8].
The 5800 has a compatibility mode for Java applications that are not touchscreen-aware. It works by using part of the screen for displaying the essential buttons required by the program.

Wednesday, December 8, 2010

Mutiara kata 1



Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman  kepada mereka yg menghayati.Keindahan kata-kata itu turut  memberi  motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai. Renungilah
mutiara kata-kata ini,agar dapat manfaat darinya...

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang tidak  membawa apa apa makna kerana  disebaliknya ia akan membawa  kemudaratan,tetapi satu ciman yang pantas ia nya menyingkap  seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat......"

Say what you want to say when you have the time, tomorrow   maybe one day late.  Our deepest regrets are words unsaid and things undone.

KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal  mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati   mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia  bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
 
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa  itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu  pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu  pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan  membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat  kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka  siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan  menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH  ORANG YANG BERCAKAP BENAR,
DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

pandangan mata slalu menipu..
pandangan akal slalu tersalah..
pandangan nafsu slalu melulu..
pandangan hati itu yg hakiki.. 

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata  yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita  walaupun  terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"  

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN  DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH  DEMI   PERSAHABATAN KALIAN.
 
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
 
" USAH  DITURUTI  REAKSI  EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

ikuti mutiara kata 2.....

Saturday, December 4, 2010

DIAM!!!!

 

Manusia berbicara setiap masa.Bicara yang baik akan membawa
keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya,
manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh
manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan
utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk
mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan
yang sia-sia.
 

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan
barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW
ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
*
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG
BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN
KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI
.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg
terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik.
Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd
kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Diam bukan bermakna sombong!WASSALAM.......

Friday, December 3, 2010

Kisah seekor tikus....


Seekor tikus mengintip disebalik celah ditembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya? Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan; "Awas, ada perangkap tikus didalam rumah, awaslah, ada perangkap tikus didalam rumah!"

Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah."

Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya, "Ada perangkap tikus didalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!" "Wah, aku menyesal dengar khabar ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati, "tetapi tak ada sesuatupun yang bias kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu ada dalam doa doaku!"

Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. " Oh… sebuah perangkap tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa.

Jadi tikus itu kembalilah kerumah, kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian.

Malam itu juga terdengar suara bergema diseluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Didalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke hospital. Dia kembali ke rumah dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petani itu pun mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan bahan untuk supnya itu.

Penyakit isterinya berlanjut sehingga teman teman dan jiran tetangganya dating menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tamu. Petani itupun menyembelih kambingnya untuk memberi makan para pengunjung itu.

Isteri petani itu tak kunjung sembuh. Dia mati, jadi makin banyak lagi orang orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih
lembunya agar bisa menjamu makan orang orang itu.

Moral kisah ini: Lain kali bila kau dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kau fikir itu tiada kaitan denganmu, ingatlah bahawa apabila ada perangkap tikus didalam rumah, seluruh lahan pertanian ikut menanggung risikonya.

Wednesday, December 1, 2010

Cinta Seekor Cicak



Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku. Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina. Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!
Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan dimulutnya.... AHHHH! Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun. Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban. Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan. Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, saudara lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.
JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!
Kisah ini berasal dari Jepun